iklaneka

Followers

Segala karya dalam BLOG ini adalah milik penuh Nuril Bahanudin dan penulis langsung TIDAK pernah memberi kebenaran kepada mana-mana penulis di blog lain untuk mengulang cetak karya di dalam blog ini untuk disiarkan di blog MEREKA, Jadi kepada penulis2 blog yang telah mengambil, menyalin, atau mencetaknya semula, diharaplah dapat MEMADAMKANnya daripada blog anda, sebelum sebarang tindakan undang-undang diambil kepada anda. Terima Kasih atas segala kerjasama yang telah diberikan.

Pageviews

Friday, October 2, 2009

Novel : Ku Relakan Cinta Ini Bertamu [ sinopsis ]


Sinopsis

Kurelakan Cinta ini bertamu… hidup ni banyak sangat rahsianya sehingga kadang-kadang kita tak jangka orang yang selalu kita jumpa, terlanggar bahu dengan kita itulah jodoh kita.. eh2…macam-macam ada kan?. Qistina Balqish gadis biasa, hidup sederhana, susah untuk jatuh cinta, namun sekali dia bercinta selamanya tetap cintanya, berbeza dengan Daniel Muaz, cintanya murah, sehingga kepada semua yang ditemuinya ingin diberi segalanya rasa yang ada, modalnya mudah, wang, kedudukan dan raut wajah.

Pertemuan tanpa diduga sehingga mewujudkan sebuah ikatan yang rumit, masing-masing masih belum bersedia dengan rasa dan beban yang perlu digalas, namun terlanjur perbuatan, selamanya terikat sebuah ikatan melainkan lafaz cerai yang diberikan, namun nikah cerai bukan mainan, banyak maruah yang perlu dijaga, masing-masing serba salah, rumit dan arghhh pening kepala……..!!! migraine tau.

Tatkala cinta mengetuk hati,

Aku masih dalam terpinga,

Perlukah ku terima takdir ini,

Yang aku dan kau perlu bersama…

Qistina Balqish : Argghhh… tanya pada hati, hati kata tak tahu, sedangkan kau tak kulihat sehari, jiwa berlagu nada rindu, bagaimana? Apakah yang perlu kubuat demi mempertahankan mahligai ni? Sedangkan ada benih yang kian bercambah dalam rahimku…

Daniel Muaz : Huh, kenapalah sikap kau selalu menduga sabarku? Kau ingat aku ni kejam sangat ke sampai gelaran Hitler kau berikan? Kau tak cantik, kau bukan wanita idamanku.. tapi… aku dah mula angaukan kau…Qishhhhhhhhhh!!!!!!

Haizam : Kenapa baru sekarang ku sedar yang kau sebenarnya ku cinta? Bolehkah kita bersama? Aku sanggup menunggu seberapa lama pun….demi cinta ini

Yasmin : Aku perempuan, aku faham renungan matanya, aku tahu erti pandangan itu, kenapa kau tak mahu percaya sayangku????

Mampukah mereka mencapai bahagia sendiri?? Entahlah, biarlah masa menentukan…tapi bukankah bahagia itu perlu dicipta, bukannya datang bergolek sebegitu saja…


1 comment:

Axis Capital Holdings Limited said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com